Monday, February 22, 2016



Assalamualaikum kepada semua Ahli PABM diseluruh Malaysia:-

MESYUARAT AGUNG PABM AKAN DIADAKAN PADA:

    TARIKH: 28 FEBUARI 2016 (AHAD)
    
     MASA : 9:00 -12:30 TGH

     TEMPAT: DEWAN SEMINAR YARMOUK
                       84-2,JALAN TMN.KOMERSIL SENAWANG 4,
                       TAMAN KOMERSIL SENAWANG,
                       79450 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

SEMUA AHLI PABM DIJEMPUT HADIR

SU PABM
TABIB USTAZ NIZAM : 017-6049396




Thursday, October 4, 2012

Pendaftaran Ahli Baru PABM



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..pihak PABM mengalu-alaukan pengamal-pengamal bekam yang di luar sana untuk mendaftar di bawah PABM untuk sokongan dengan pihak Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari Malaysia yang akan ditubuhkan selepas Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari diluluskan pada 2013 iaitu Akta 756 (Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari)

Road-show Kementerian Kesihatan Malaysia dibahagian  Perubatan Tradisional dan Komplementari bersama GAPERA dan 7 badan pengamal yang lain sedang berjalan dari tahun 2013 hingga kini sebelum tertubuhnya Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari Malaysia.(MPTKM)

Setelah tertubuhnya MPTKM semua pengamal perubatan tradisional dan komplemntari hendaklah berdaftar di bawah MPTKM dahulu baharulah dibenarkan praktis modaliti masing-masing.


Sebarang urusan pendaftaran sila Hubungi:


Tabib Ustaz  Nizam                       017-604 9396

Thursday, February 17, 2011

Muqaddimah



Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia (PABM) merupakan ahli kepada Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).Perubatan Bekam merupakan perubatan atau rawatan tradisional orang Melayu yang beragama Islam.Sejarah amalan perubatan bekam selepas kedatangan Islam bermula di zaman Rasulullah S.A.W dan tersebar ke seluruh jazirah Arab,Mesir,Sepanyol,India ,China hinggalah Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari merupakan badan yang mengawasi dan membantu menaiktarafkan perubatan bekam di Malaysia.Rawatan Bekam dikelaskan di bawah Perubatan Tradisional Melayu.GAPERA merupakan badan payung kepada persatuan atau pertubuhan perubatan Melayu.

Oleh yang demikian PABM membuka pendaftaran keahlian kepada Pengamal-pengamal perubatan bekam di seluruh Malaysia supaya dikenali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.


Setiausaha PABM : Tabib Ustaz Nizam   : 017-6049396

Link:

Website KKM Bahagian BPTK

Website GAPERA