Thursday, February 17, 2011

Muqaddimah



Pertubuhan Acu-Bekam Malaysia (PABM) merupakan ahli kepada Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA).Perubatan Bekam merupakan perubatan atau rawatan tradisional orang Melayu yang beragama Islam.Sejarah amalan perubatan bekam selepas kedatangan Islam bermula di zaman Rasulullah S.A.W dan tersebar ke seluruh jazirah Arab,Mesir,Sepanyol,India ,China hinggalah Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari merupakan badan yang mengawasi dan membantu menaiktarafkan perubatan bekam di Malaysia.Rawatan Bekam dikelaskan di bawah Perubatan Tradisional Melayu.GAPERA merupakan badan payung kepada persatuan atau pertubuhan perubatan Melayu.

Oleh yang demikian PABM membuka pendaftaran keahlian kepada Pengamal-pengamal perubatan bekam di seluruh Malaysia supaya dikenali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.


Setiausaha PABM : Tabib Ustaz Nizam   : 017-6049396

Link:

Website KKM Bahagian BPTK

Website GAPERA